Wednesday, August 5, 2009

AnakKu...Ayahmu Seorang Nelayan.




Burung camar hinggap dijejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung.. Mimpi tentang untung
Bibit hanyut dibawa ombak Laut Cina Selatan

Dalam mimpi berkata sang duyung
Wahai nelayan kau anak laut
Disini tempatmu disini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan... Ada balasannya

Mega mendung.. Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak hidup tersesat haluan
Sang mentari terlindung... Pantai tak kelihatan
Tawar kau jalan akhirnya..

Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan

Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang jangan kau lupakan

Tuesday, August 4, 2009


Dari sebesar aba hingga saujana lihat mata kita...
anugerah yang Teragung kurniakan...
Malah DIA berikan Pahala yang tiada tara bila masa kita
memandanya...

(Alamak dah masa...Pegi mengajar!)

Deria 6

Bila masa kita memudik hari untuk berada di ketepian,
Hari yang itu kita nantikan...
untuk mendapat kepastian...
Tapi hari yang kita fikirkan masih berada di hadapan..
yang perlu kita mudik sebelum tiba kita pada hari itu...

Kita sentiasa menjadikan DERIA 6 kita untuk menjaga berrona rasa..
rasa yang mungkin klise bagi kita dan mungkin satu rasa yang mungkin paranoid atau prejudis?
aku sentiasa merasa DERIA 6 bersua...
cuma tinggak aku tak mungkin meluah kerana aku prekonsepsi...

siapa aku...

Aku anak Ayah..
aku anak Emak...
Aku anak laut yang rindukan sesuatu pada asalku...


DERIA 6 aku masih berdetikan?
masih dalam persoalan...