Wednesday, May 20, 2009

SaBaR

Oleh : Adam Yew Abdullah

Sabar ialah satu sifat yang dipuji oleh Allah SWT. Sabar ialah menahan diri daripada menderita akibat sesuatu musibah. Sabar memerlukan kekuatan yang didorongi oleh agama.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?”(Al-Baqarah 214)

Firman Allah ini harus dijadikan pedoman. Setiap insan akan diuji tahap kesabarannya mengikut status keimanannya. Adakala, sesuatu ujian itu ringan dan adakalanya berat. Orang yang tahap imannya tinggi lebih besar tahap kesabarannya akan diuji.

Lantaran itu, apabila seseorang itu ditimpa musibah maka dia perlu bersabar, kerana dia sedang diuji.

Maka, jika seseorang itu mengeluh yang demikian menonjolkan atas keburukkan diri sendiri kerana budi pekerti yang terpuji ialah sanggup menderita daripada senang.

Mungkin ada juga yang tidak pernah menghadapi musibah, yang demikian tidak akan mengenali dirinya sendiri.

Kesenangan juga merupakan ujian. Apabila hidup senang, kita diuji dengan keinginan harta benda, pangkat, kewajipan dan tugasan. Lantaran jika seseorang itu tidak dapat memelihara diri daripada ujian ini, maka menampakkan dirinya dengan kerakusan, kegelisahan, ketamakan dan lebih jauh dari itu ialah tidak bersyukur.

Kita patut bersyukur walaupun kita ditimpa kesusahan. Kerana apabila kita bersyukur kita sabar dan reda dengan seadanya. Dan Allah senantiasa bersama dengan orang yang banyak bersabar.

Allah SWT berfirman,

“Sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.”(An Anfal 46)

Pada hakikatnya, kesemua ini tetap bertunjangkan kepada sifat kesabaran yang tersimpul bersama-sama dengan sifat kesyukuran dan kepasrahan di dalam diri kita. Kesemuanya bergerak serentak dan seimbang.

Semoga kita semua diberi sifat kesabaran untuk menempuhi segala musibah dan rintangan. Sama ada di waktu susah mahupun di waktu senang. Kerana di situlah wujudnya kekuatan dalam iman dan jauhnya seseorang itu dari keluh-kesah yang menambah beratnya musibah.

Monday, May 11, 2009

Tumpang lalu 3

"kita"

setiap sayu hati...

jasad

nyawa

dan diri...

Thursday, May 7, 2009

Tumpang Lalu II

dalam detik hati ada kita..

dalam gerak hati ada kita

tapi dimana kita di hati kita...

persoalan yang tak terungkai lagi mana ada satu dua tiga tempat yang tak nyata...

persolannya lagi tidak diungkai dengan kata tapi terungkai dengan...

satu....

dua ...

dan

tiga....

Tuesday, April 28, 2009

Tumpang Lalu

setiap satu ada peraturan dan percaturan yang tidak dalam dugaan kita

lumrah sesuatu yang tidak nyata dan satu yang tidak terjelas oleh hati

malah disemaikan dengan kata yang wajar...

rona indah pada satu tika jadi ukuran yang pasti

atau sekadar noktah segala sesuatu yang bukan nyata lagi...

dalam sejenak waktu itu perlukah ada rsa yang buat runtuh rona yang sentiasa bercahaya???

dalam dedikasi ini satu jawapan yang nya adalah di HATI...

Tuesday, April 14, 2009

KiTa AkU & KaMu

Kepayahan untuk menentang sesuatu bukan persoalan sukar untuk manusia lain 

Tetapi bila ia berada di hadapan tanpa jasad yang boleh digarab ia payah..

Payah yang hanya hati yang mengerti..

Deti k itu sedar yang akan DIA yang disana yang tak terlihat oleh mata 

Melainkan mata hati yang sering di pinggir pabila jasad nyata di mata..

Sebelum sesalan mengakhiri semuanya 

yang bakal kikis segala payah 

serlahkan hati di hadapan

Biar ia mengemudi haluan yang tak nyata..

kerna ia yang cipta dan ia juga yang tahu dimana sauhan akan berlabuh…

Rentak yang beralun bersatu bersama haluan yang dimudi…

Thursday, April 9, 2009

More Poem

HUJAN

Rintak hujan itu terus dengan arah yang satu...
menyentuh bumi yang amamt memerlukannya setiap rintik hujan itu..
huja itu...antara rahmat terindah jua terbesar kurnianNYA..
langit dan bumi bersatu dan terus bersatu dengan adanya ia...
HUJAN...

detik hati dan jiwa itu sentiasa bersatu...
bersatu untuk menceritaka sesuatu rasa perasaan yang terbuku mungkin
jua terpendam..
ia sering bersatu dan menyatu untuk arah yang satu..KEBAHAGIAAN.

Jujurnya hati ini untuk mungkin bisa membuahkan sakit dihati tika
detik ini, tapi sakit dihati tika jujur itu dihujung waktu kan bisa
menjadi selumbar hitam yang mungkin akan tertusuk menjadi duri...

Hati kamu umpama bumi jiwa kamu umpama langit dan rasa itu menjahi
HUJAN yang sentiasa jatuh membasahi hati untuk merasa nikmat rasa
itu...




kamaizza arkmaz

6.30 pm 27/01/08


KeDeGiLaN

kedegilan itu subjektif
hanya kita yang tahu apa yang tersirat...
segalanya perlukan permulaan dan mempertahankannya...
semakin kita mempertahankannya semakin kuat diri kita...
jika kita kekosongan jgn pernah sedih kerana dari kekosongan itu kita punya ruang yang luas untuk muhasabah diri kita...
 
kamaizza 15/12/07 12.13pm...... :)